Perkara yang perlu anda ketahui sebelum membuat pinjaman peribadi - Invest Duit

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Thursday, April 12, 2018

Perkara yang perlu anda ketahui sebelum membuat pinjaman peribadi


Tugas untuk memilih pinjaman peribadi yang sesuai dengan anda boleh menjadi suatu hal yang memenatkan. Terdapat lebih sedozen bank di luar sana yang menawarkan pinjaman dengan kadar faedah yang hampir sama.

Antara kriteria yang perlu anda ketahui adalah seperti berikut:

1. Kelayakan dari segi umur, gaji, pekerjaan akan dinilai oleh pihak bank sebelum meluluskan permohonan anda.

2. Kadar faedah rata yang perlu anda fahami yang dikira berdasarkan jumlah pinjaman asas anda. Kadar faedah biasanya dikira berdasarkan kadar tahunan.

3. Penalti sekiranya anda ingin memuat penyelesaian awal. Bank mungkin mengenakan kadar 2% atau 3% untuk mengelakkan kerugian di pihak mereka.

4. Caj yang dikenakan sekiranya anda lewat melunaskan bayaran pinjaman bulanan juga perlu diambil perhatian sebelum anda memilih pinjaman yang sesuai untuk anda.

Secara umumnya pinjaman peribadi ini harus dilakukan sekiranya ada keperluan dan bukannya untuk tujuan yang tidak perlu seperti untuk bermewah dan mengikut cara hidup jiran atau rakan-rakan anda. Hiduplah secara sederhana dan itu lebih baik dari anda menanggung hutabg yang mungkin menyebabkan anda terbeban sepanjang hayat.




No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

sform:uppercase;letter-spacing:2px;font-size:180%;padding:10px;margin:5px;left:0;right:0;top:0;bottom:0;font-weight:700;line-height:4.4rem} @media only screen and (max-width: 768px) { .rambuhijau {font-size:100%;} } -->

Pages