Peningkatan dividen KWSP durian runtuh kepada pencarum - Invest Duit

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Saturday, February 24, 2018

Peningkatan dividen KWSP durian runtuh kepada pencarum

Oleh Ahmad Suhael Adnan
KUALA LUMPUR: Peningkatan ketara dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 1.2 peratus bagi 2017, membuktikan keberkesanan strategi kerajaan dan KWSP dalam mengukuhkan pelaburannya.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, berkata peningkatan kadar dividen itu adalah durian runtuh kepada lebih 14 juta pencarum di negara ini.
Katanya, MTUC turut berterima kasih atas keterbukaan kerajaan dan KWSP dalam melaksanakan inisiatif tertentu bagi memastikan pencarum mendapat pulangan dividen yang positif berbanding tahun sebelumnya.
"MTUC mengetahui 2016 adalah tahun kewangan yang tidak baik disebabkan beberapa keadaan, antaranya penurunan nilai Ringgit serta suasana politik yang menimbulkan kegusaran bagi pelabur.
"Namun, keyakinan kami bertambah baik bagi tahun 2017 selepas pertemuan dengan Perdana Menteri yang bersedia melakukan anjakan dalam memastikan peningkatan peratusan dividen ini menjadi kenyataan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
KWSP hari ini mengisytiharkan dividen 6.9 peratus bagi simpanan konvensional dan 6.4 peratus bagi simpanan syariah bagi 2017.
Untuk rekod, dividen bagi simpanan konvensional 2016 adalah 5.7 peratus.
Abdul Halim turut mencadangkan kerajaan meminda Akta KWSP untuk menaikkan kadar dividen wajib yang ketika ini ditetapkan pada 2.5 peratus


No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

sform:uppercase;letter-spacing:2px;font-size:180%;padding:10px;margin:5px;left:0;right:0;top:0;bottom:0;font-weight:700;line-height:4.4rem} @media only screen and (max-width: 768px) { .rambuhijau {font-size:100%;} }

Pages